KELEBIHAN AMALAN BERSEDEQAH ( HIBAH ).

Posted by Global Peace Loving Family

PENDAHULUAN.

Maksudnya: “Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (Surah at-taubah: ayat 103)

Harta kurniaan Allah SWT merupakan amanah yang perlu diurus dengan sebaiknya. Justeru itu Islam mendidik umatnya dengan cara mewajibkan zakat dikeluarkan disamping amalan-amalan sunat seperti sedekah, hibah dan memberi hadiah.

Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana sedekah adalah salah satu lambang kesyukuran kepada Allah SWT. Ianya juga sebagai jambatan menghubungkan manusia terhadap Khaliqnya (Allah) serta hubungan manusia sesama manusia. Selain itu amalan bersedekah merupakan amalan sunat yang amat disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sedekah atau amalan seperti hibah dengan maksud mencukupkan keperluan orang fakir dan miskin serta orang-orang yang memerlukan adalah salah satu hak yang terpenting daripada hak-hak manusia selain zakat. Ia merupakan hak bagi setiap individu muslim di dalam masyarakat Islam bagi memperolehi kecukupan yang sempurna dalam memenuhi keperluan hidupnya yang asasi, baik untuk dirinya sendiri mahupun orang-orang yang di bawah tanggungannya.

MAJLIS PELANCARAN RASMI FAMILI PENCINTA KEAMANAN SEDUNIA

Posted by Global Peace Loving Family

Alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T jua, maka majlis pelancaran rasmi Famili Pencinta Keamanan Sedunia telah selamat diadakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H bertempat di Pusat Pameran Dan Konvensyen Antarabangsa Mines, pada 09.03.09 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1430H.