FAMILI PENCINTA KEAMANAN SEDUNIA. MENUJU REALITI.

Posted by Global Peace Loving Family

Famili Pencinta Keamanan Sedunia @ Global Peace Loving Family yang diilhamkan oleh Pengasas Kumpulan 3A sekitar Jun 2005 adalah sebuah cetusan pemikiran yang amat bernilai dengan matlamat mengajak manusia sejagat kembali kepada nilai-nilai dan norma kehidupan yang berpaksikan kasih sayang sesama insan demi mencapai kesejahteraan dan keamanan serta kedamaian.

Fokus utama FPKS @ GPLF adalah untuk menanam sifat berkasih sayang sesama insan dan berusaha mengukuhkannya bermula dengan mempertingkatkan ekonomi keluarga daripada peringkat famili, daerah, negeri dan negara. Ianya akan dilakukan melalui pelbagai aktiviti yang sudah dan akan dirancang demi memastikan tujuan dan cita-cita perlaksanaannya tercapai. Dengan bersumberkan dana kewangan yang besar diharapkan segala perancangan dan aktiviti yang sedang berjalan dan dirancang akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Empat tujuan utama FPKS @ GPLF yang selalu diperingatkan oleh Pengasas Kumpulan 3A ialah:

1) Memperkukuhkan ekonomi keluarga.
2) Membentuk individu yang mengamalkan ilmu-ilmu hikmah.
3) Membentuk individu yang mengamalkan ilmu hibah.
4) Mengamalkan sifat berkasih sayang sesama insan dan semua makhluk.

Memandangkan matlamat dan usaha untuk mencapai keamanan dan kedamaian ini adalah satu visi dan misi yang besar, maka adalah penting agar ramai lagi pihak lain untuk turut serta dan bersama-sama menjayakan program Famili Pencinta Keamanan Sedunia ini.

Buat masa ini, konsep FPKS @GPLF sudah diperkenalkan di banyak negara antaranya Amerika, Eropah, China, Russia, Negara-negara Arab, Asia dan di rantau Afrika. Penerimaan masyarakat antarabangsa dan tempatan berhubung dengan konsep yang diperkenalkan oleh Pengasas Kumpulan 3A sudah mula diterima dan dilaksanakan oleh sebahagian besar masyarakat yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Harapan untuk menjadikan dunia ini tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk semua manusia akan terus diperjuangkan dan marilah bersama-sama berganding bahu dengan matlamat dan tujuan yang sama melahirkan dunia aman dan damai.